Showing posts with label jordan. Show all posts
Showing posts with label jordan. Show all posts

Sunday, November 28, 2010

B.E.R.P.A.U.T.L.A.H

Bismillah.. salam perjuangan


yeahhh gembira angah sbb lama x berblog al-maklumlah busy, yo ka den busy?? busy men tenet hehe..mmm baru2 ni angah diminta utk memberikan sedikit perkongsian buat adik2 & sahabat2 PUTRA.. opsss bukan putra raja mahupon putra kayangan, tp PUTRA adalah persatuan bg anak2 ganu di Jordan..
Sangat terkejut, sbb sepatutnya bukan angah yg kn bg talk,sbb angah mmg x layak berada di pentas PUTRA, mereka insan2 hebat, angah ni apalah yg ada.. ilmu pun ciput jer, jika nk dibandingkan dgn ahli2 PUTRA yg majoriti mantap2 belaka.. berderau darah dibuatnya (boleh pengsan atas pentas).. hampir seminggu jugak fikir apalah nk ckap dpn org2 ganu ni, sudahlah lidah mmg pekat "loghat kedah" adoiyaiii~sendiri2 mau ingat.
Apapun angah bersyukur dkt ALLAH sbb ahli2 PUTRA mmg the best, snggup bg peluang dkt oghang kedah pi cakap dkt depan, kalau nk diikutkan ahli mereka ramai lagi yg lebih layak berbanding angah.
khamis~ 25/nov/2010~sehari sebelom nk bg talk.. jeng jeng jengggggg (kasi suspen sikit)
spt biasa angah g "tempat dating" yg paling indah, mana lg kalo bukan maktabah tempat usha "inspektor sahab yg garang" masa letih2 buat taqrir (cewahh ayat rajin), angah terfikir & terdetik, kalo disimpulkan talk utk esok dgn sajak mungkin lebih efektif, so dalam keadaan yg agak serabut nota2 dia atas meja tngkat 1 itu, dgn kuasa ALLAH maka terhasillah coretan bait2 yg punyai makna tersendiri buat angah.. setelah di edit berkali2 & di tokok tambah dr beberapa pembacaan bahan2 ilmiyah yg lain terjadilah hasilnya spt berikiut (ayat skema ya tuan2 & puan2)
~neves ooo pertama kali baca dpn ahli2 PUTRA malam 26/nov/2010..


Berpautlah pada hela tabahnya jiwa nabi ADAM a.s, tika dipisahkan dr senyum tawa wanita bernama HAWA
Berpautlah pada keutuhan imannya saidina NUH a.s, tika dituduh sbg sang gila membina bahtera
Berpautlah pada ketaatan rimbunan iman IBRAHIM juga zuriatnya ISMAIL alaihimasalam, tika menyajikan korban nyawa sbg bukti taqwa pd YG ESA
Berpautlah pada degup simpulan kesabaran nabi YAAKOB a.s tika mengalun rindu pd anaknya YUSUF a.s
Berpautlah pd lautan ketabahan nabi AYOB a.s dicaci, dihina hanya kerana kusta, sedangkan nur iman di jiwanya sentiasa membara
Berpautlah pada hebatnya iman nabi ZAKARIYA jua YAHYA alaihimasalam digergaji kepala, tika menjadi korban kepercayaan umatnya yg derhaka
Berpautlah pada utuhnya kisah manusia agung bernama MUHAMMAD s.a.w diseksa, dicerca tika baginda taburkan seluruh pengorbanan buat umat tercinta
Berpautlah pada pengorbanan para anbiya' yg tidak pernah menukilkan rasa jemu pd rumpun ketaqwaan
BERKORBANLAH.. BERKORBANLAH..BERKORBANLAH
ALLAHU AKBAR, WALILLLAHILHAMD~

~siti mardhiyah binti kamal azhar
usuluddin, yarmouk university
maktabah al-husainiyyah,
khamis~25/nov/2010
4:32 p.m

ya ALLAH mudahkanlah urusan adik2ku juga sahabat2 seperjuanganku di sini & di mana jua, jangan pernah mereka merasai susahnya mengutip mutiara2 ilmuMU spt mana aku sentiasa lalui, berkatilah perjuangan mereka,, titipkan mereka ketabahan2 dalam tiap langkah perjuangan yg memerlukan pengorbanan yg tinggi.. moga kejayaan & redhaMU sentiasa mengiringi tiap langkah mereka, amiin..

Wednesday, September 15, 2010

ramadhan jordan part 1

Bismillah, salam perjuangan..

alhamdulillah angah masih diberi kesempatan oleh ALLAH "mendakap" rindu bau haruman ramadhan dari bumi jordan, ramadhan di sini bnyak bezanya dgn malaysia.. hehe paling ketara ramadhan dkt jordan ni jgn mimpi la nak ke bazar ptg2 beli itu & ini.. kalo nak sendiri bikinlah.. dgn "kepakaran" yg angah sedia ada, maka hari2 angah mamam nasik jelah, mana pandai sgt nak buat itu dan ini.. melingkupkan bahan tahulah.. sesekali berbuka ramai2 dgn adik2 yg x pulang ke kampung.. susah senang sama2 rasa kalo di perantauan ni..
pernah jugak angah dan sahabat2 yg tak balik g berbuka rumah arab yg sgt2 baik hati.. uishh rasa2nya org melayu mcm kita bi kena contohi sifat arab, dari segi melayan tetamu x pernah kalah, miskin atau kaya tetamu ttp didahulukan umpama sunnah rasul, melayani tetamu seikhlas & berbesar hati.. kalo dtg 20 orang, tapi tuan rumah masak ngalahkan nak makan kenduri anak sulung dia (hehe saja ja angah buat metafora gini) utk menggambarkan ttg kehebatan mereka dlm melayan tetamu..

hidangan buah2 an musim panas sebagai pencuci mulut.. bukan sepinggan dua, sekotak terus ammah arab bagi makanmmm yang ni pulak menu permulaan berbuka puasa, ada sup yg dicampur sedikit makaroni & sayuran serta popia goreng.. yummy.. paling utama tamar mesti kena ada

yeahh semua gembira bila menu utama dihidangkan selepas usai solat maghrib.. nasi beriyani ikan serta salad sayuran segar.. alhamdulillah

begitulah alkisahnya puasa di sini, walaupun malaysia masih terbayang di ruangan mata, namun Jordan juga punya kelebihan tersendiri di bulan ramadhan.. terawihnya paling menusuk kalbu, tiap alunan kalamullah dr syeikh makmun serta masyayikh yg lain sentiasa meruntun jiwa.. cukup jika angah boleh katakan bahawa tiap kali syeikh lantunkan bacaan qunut, tiap kali itu juga jiwa kosong angah rasa terisi, benar2 tersentuh oleh doa yg diaminkan para makmum dibelakang, sesekali tangisan makmum2 disebelah menusuk tangkai hati angah.. ya mereka benar2 beruntung, kerana alquran itu dalam bahasa arab, bahasa yg difahami oleh hampir majoriti jema'ah.. beruntungnya angah rasa bila "dijatuhkan" takdir angah berpuasa di bumi irbid sekali lagi..

cukup dulu setakat ini, nanti angah coretkan lagi pada lembaran baru..

Friday, June 11, 2010

kembali bertamu



Bismillah.. Salam perjuangan..

Jun 2010, genaplah 4 tahun angah dah sahabat2 dari USIM pernah bertamu di bumi Jordan, pejam celik2 tanpa sedar kini masing2 membawa haluan hidup sendiri, ada yang sudah bekerjaya, tak kurang juga yang masih meneruskan pendakian di puncak menara gading..Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) merapatkan ukhuwah kita "10 beradik", meskipun berlainan latar belakang serta kos pengajian kita menjadi sebuah keluarga besar di sini..Meneguk mutiara2 ilmu dari pusat bahasa Universiti Al-al bayt cukup membuatkan angah dan sahabat2 bersyukur dgn rezeki kurniaan ilahi..

Kedatangan kami ke al bayt tika itu di sambut dgn meriah sekali, org2 besar al bayt turun bertemu mata dgn kami tika itu, haha paling angah ingat terkial-kial lidah nak menjawab soalan yang di tanya bertalu2.. sudah2nya umpama ayam bercakap dgn itik, hehe..Datang tanpa pegawai pengiring menjadikan kami 10 org benar2 berdikari, memahami antara satu sama-lain, memberi & menerima kelebihan serta kekurangan masing2.. sesekali bercakaran serta bertegang leher adalah pengalaman yg indah bila dikenang2 semula.. jika hari ini bermasa muka, pasti esoknya senyuman akan singgah semula di bibir masing2.. hebat betul penangan ukhuwah yg kami rasakan..

bersama pegawai MSD serta presiden universiti al bayt


Bertamu selama hampir 2 bulan di bumi mafraq, menjelajah sekitar Jordan membuatkan kami benar2 menghargai peluang yg telah USIM berikan, angah antara pelajar termuda tika itu, dilayan umpama "puteri" hehe.. kakak2 yg lipatkan pakaian angah, berjalan pimpin tangan, abng2 yg lebih senior menemani angah ke klinik tiap kali sakit, tolong bawakan hasil belian yg berat2 seronok sangat angah rasa.. Hari2 terakhir di bumi syam, angah terfikir masihkah punya peluang utk angah kembali bertamu di bumi Jordan ini, menghirup debu2 tanah mafraq, "bermain" dgn ribut pasir musim soifi serta menaiki coaster yg sesak dgn penumpang..

4 tahun berlalu... seusai pengajian di dataran ilmu USIM..
Alhamdulillah, umpama mati hidup semula angah diizinkan Ilahi menjejakkan kaki sekali lagi di sini, tanah jordan yg menjadi saksi kedatangan kami "10 bersaudara" dahulu.. Subhanallah, gugur air mata sekali lagi, umpama doa mak & ayah dimakbulkan mahu melihat angah meneruskan pengajian di Jordan.. Kalo dulu angah menaiki penerbangan EMIRATES tajaan USIM beramai2, kini angah sendirian di awan biru.. Ayah pesan pada angah supaya jgn takut, insya Allah selamat, memulakan travel bersendirian membuatkan hati angah makin kuat, angah perlu sentiasa positif, angah dah besar, kenapa angah harus mengharapkan n menagih kasih org lain..esok2 kalau angah mati pun , angah akan bersendirian juga dalam tanah..Bertekad menjadi terbilang kerana rezeki menjadi tetamu buat kesekian kalinya bukan semudah & seindah yg angah impikan.. biar angah kisahkan perjalanan panjang angah di lain post :) hehe


selamat tinggal, angah rindu semua


buat keluarga: mak, ayah n adik beradik angah.. sesekali angah takkan sia2 kan peluang & izin dari semua utk angah mengutip ilmu2 di sini.. angah simpan kemas pesanan ayah & mak "peluang hanya datang sekali, bkn semua miliki peluang mcm angah, bersusah2 dahulu pasti senangnya menanti kemudian".. buat along, terima kasih menjadi "org kuat" ngah, menjadi sumber inspirasi utk ngah teruskan pengajian peringkat siswazah di sini..

beramai2 senyum selalu

buat 9 sahabat seKIBA angah: kak syah, kak fidah, kak zimah, kak mas, abg mat, mizi, abi mansor, aidi serta farid, terima kasih menghadiahkan angah ikatan ukhuwah yg terlalu mahal harganya buat angah.. angah akn jejaki semula tempat2 kenangan kita, kembali memijak pepasir al bayt jika punya kelapangan, insya allah..