Friday, June 11, 2010

kembali bertamu



Bismillah.. Salam perjuangan..

Jun 2010, genaplah 4 tahun angah dah sahabat2 dari USIM pernah bertamu di bumi Jordan, pejam celik2 tanpa sedar kini masing2 membawa haluan hidup sendiri, ada yang sudah bekerjaya, tak kurang juga yang masih meneruskan pendakian di puncak menara gading..Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) merapatkan ukhuwah kita "10 beradik", meskipun berlainan latar belakang serta kos pengajian kita menjadi sebuah keluarga besar di sini..Meneguk mutiara2 ilmu dari pusat bahasa Universiti Al-al bayt cukup membuatkan angah dan sahabat2 bersyukur dgn rezeki kurniaan ilahi..

Kedatangan kami ke al bayt tika itu di sambut dgn meriah sekali, org2 besar al bayt turun bertemu mata dgn kami tika itu, haha paling angah ingat terkial-kial lidah nak menjawab soalan yang di tanya bertalu2.. sudah2nya umpama ayam bercakap dgn itik, hehe..Datang tanpa pegawai pengiring menjadikan kami 10 org benar2 berdikari, memahami antara satu sama-lain, memberi & menerima kelebihan serta kekurangan masing2.. sesekali bercakaran serta bertegang leher adalah pengalaman yg indah bila dikenang2 semula.. jika hari ini bermasa muka, pasti esoknya senyuman akan singgah semula di bibir masing2.. hebat betul penangan ukhuwah yg kami rasakan..

bersama pegawai MSD serta presiden universiti al bayt


Bertamu selama hampir 2 bulan di bumi mafraq, menjelajah sekitar Jordan membuatkan kami benar2 menghargai peluang yg telah USIM berikan, angah antara pelajar termuda tika itu, dilayan umpama "puteri" hehe.. kakak2 yg lipatkan pakaian angah, berjalan pimpin tangan, abng2 yg lebih senior menemani angah ke klinik tiap kali sakit, tolong bawakan hasil belian yg berat2 seronok sangat angah rasa.. Hari2 terakhir di bumi syam, angah terfikir masihkah punya peluang utk angah kembali bertamu di bumi Jordan ini, menghirup debu2 tanah mafraq, "bermain" dgn ribut pasir musim soifi serta menaiki coaster yg sesak dgn penumpang..

4 tahun berlalu... seusai pengajian di dataran ilmu USIM..
Alhamdulillah, umpama mati hidup semula angah diizinkan Ilahi menjejakkan kaki sekali lagi di sini, tanah jordan yg menjadi saksi kedatangan kami "10 bersaudara" dahulu.. Subhanallah, gugur air mata sekali lagi, umpama doa mak & ayah dimakbulkan mahu melihat angah meneruskan pengajian di Jordan.. Kalo dulu angah menaiki penerbangan EMIRATES tajaan USIM beramai2, kini angah sendirian di awan biru.. Ayah pesan pada angah supaya jgn takut, insya Allah selamat, memulakan travel bersendirian membuatkan hati angah makin kuat, angah perlu sentiasa positif, angah dah besar, kenapa angah harus mengharapkan n menagih kasih org lain..esok2 kalau angah mati pun , angah akan bersendirian juga dalam tanah..Bertekad menjadi terbilang kerana rezeki menjadi tetamu buat kesekian kalinya bukan semudah & seindah yg angah impikan.. biar angah kisahkan perjalanan panjang angah di lain post :) hehe


selamat tinggal, angah rindu semua


buat keluarga: mak, ayah n adik beradik angah.. sesekali angah takkan sia2 kan peluang & izin dari semua utk angah mengutip ilmu2 di sini.. angah simpan kemas pesanan ayah & mak "peluang hanya datang sekali, bkn semua miliki peluang mcm angah, bersusah2 dahulu pasti senangnya menanti kemudian".. buat along, terima kasih menjadi "org kuat" ngah, menjadi sumber inspirasi utk ngah teruskan pengajian peringkat siswazah di sini..

beramai2 senyum selalu

buat 9 sahabat seKIBA angah: kak syah, kak fidah, kak zimah, kak mas, abg mat, mizi, abi mansor, aidi serta farid, terima kasih menghadiahkan angah ikatan ukhuwah yg terlalu mahal harganya buat angah.. angah akn jejaki semula tempat2 kenangan kita, kembali memijak pepasir al bayt jika punya kelapangan, insya allah..


No comments:

Post a Comment