Showing posts with label diri. Show all posts
Showing posts with label diri. Show all posts

Sunday, November 28, 2010

B.E.R.P.A.U.T.L.A.H

Bismillah.. salam perjuangan


yeahhh gembira angah sbb lama x berblog al-maklumlah busy, yo ka den busy?? busy men tenet hehe..mmm baru2 ni angah diminta utk memberikan sedikit perkongsian buat adik2 & sahabat2 PUTRA.. opsss bukan putra raja mahupon putra kayangan, tp PUTRA adalah persatuan bg anak2 ganu di Jordan..
Sangat terkejut, sbb sepatutnya bukan angah yg kn bg talk,sbb angah mmg x layak berada di pentas PUTRA, mereka insan2 hebat, angah ni apalah yg ada.. ilmu pun ciput jer, jika nk dibandingkan dgn ahli2 PUTRA yg majoriti mantap2 belaka.. berderau darah dibuatnya (boleh pengsan atas pentas).. hampir seminggu jugak fikir apalah nk ckap dpn org2 ganu ni, sudahlah lidah mmg pekat "loghat kedah" adoiyaiii~sendiri2 mau ingat.
Apapun angah bersyukur dkt ALLAH sbb ahli2 PUTRA mmg the best, snggup bg peluang dkt oghang kedah pi cakap dkt depan, kalau nk diikutkan ahli mereka ramai lagi yg lebih layak berbanding angah.
khamis~ 25/nov/2010~sehari sebelom nk bg talk.. jeng jeng jengggggg (kasi suspen sikit)
spt biasa angah g "tempat dating" yg paling indah, mana lg kalo bukan maktabah tempat usha "inspektor sahab yg garang" masa letih2 buat taqrir (cewahh ayat rajin), angah terfikir & terdetik, kalo disimpulkan talk utk esok dgn sajak mungkin lebih efektif, so dalam keadaan yg agak serabut nota2 dia atas meja tngkat 1 itu, dgn kuasa ALLAH maka terhasillah coretan bait2 yg punyai makna tersendiri buat angah.. setelah di edit berkali2 & di tokok tambah dr beberapa pembacaan bahan2 ilmiyah yg lain terjadilah hasilnya spt berikiut (ayat skema ya tuan2 & puan2)
~neves ooo pertama kali baca dpn ahli2 PUTRA malam 26/nov/2010..


Berpautlah pada hela tabahnya jiwa nabi ADAM a.s, tika dipisahkan dr senyum tawa wanita bernama HAWA
Berpautlah pada keutuhan imannya saidina NUH a.s, tika dituduh sbg sang gila membina bahtera
Berpautlah pada ketaatan rimbunan iman IBRAHIM juga zuriatnya ISMAIL alaihimasalam, tika menyajikan korban nyawa sbg bukti taqwa pd YG ESA
Berpautlah pada degup simpulan kesabaran nabi YAAKOB a.s tika mengalun rindu pd anaknya YUSUF a.s
Berpautlah pd lautan ketabahan nabi AYOB a.s dicaci, dihina hanya kerana kusta, sedangkan nur iman di jiwanya sentiasa membara
Berpautlah pada hebatnya iman nabi ZAKARIYA jua YAHYA alaihimasalam digergaji kepala, tika menjadi korban kepercayaan umatnya yg derhaka
Berpautlah pada utuhnya kisah manusia agung bernama MUHAMMAD s.a.w diseksa, dicerca tika baginda taburkan seluruh pengorbanan buat umat tercinta
Berpautlah pada pengorbanan para anbiya' yg tidak pernah menukilkan rasa jemu pd rumpun ketaqwaan
BERKORBANLAH.. BERKORBANLAH..BERKORBANLAH
ALLAHU AKBAR, WALILLLAHILHAMD~

~siti mardhiyah binti kamal azhar
usuluddin, yarmouk university
maktabah al-husainiyyah,
khamis~25/nov/2010
4:32 p.m

ya ALLAH mudahkanlah urusan adik2ku juga sahabat2 seperjuanganku di sini & di mana jua, jangan pernah mereka merasai susahnya mengutip mutiara2 ilmuMU spt mana aku sentiasa lalui, berkatilah perjuangan mereka,, titipkan mereka ketabahan2 dalam tiap langkah perjuangan yg memerlukan pengorbanan yg tinggi.. moga kejayaan & redhaMU sentiasa mengiringi tiap langkah mereka, amiin..

Saturday, November 13, 2010

pesanan buya

Bismillah.. salam perjuangan

Yaakob dipisahkan dari anaknya Yusuf
Yusuf diperdayakan perempuan
Ayub ditimpa penyakit yg parah
Daud & Sulaiman kena bermacam fitnah
Demikian juga Zakariya & Yahya
Yang memberikan jiwa mereka utk korban kepercayaan
Muhammad lebih2 lagi...
Pernahkah mereka mengeluh??
TIDAK kerana mereka yakin bahawa
Kepercayaan kepada TUHAN menghendaki Perjuangan & Keteguhan

~madah titipan PROF DR HAMKA~

Thursday, November 4, 2010

mencapai usia 20++ alhamdulillah

muka letih campur gembira

hadiah dari widad & intan luv them so much


yg terindah dalam hidup ALHAMDULILLAH
Bismillah.. salam perjuangan
semalam 4 november, adalah hari yg sgt2 berserabut buat angah, manakan tidak sedari pukul 8 pagi sudah terpacak di depan pintu pusing maktabah utk mencari bahan2 rujukan, namun rasa kehampaan itu hadir jugak, almaklumlah terdegar azan maghrib dr masjid univ dah panggil solat, itu menunjukkan library dah nk ttp.. bahan yg di cari masih belum dapat ke tangan angah.. huhu sedih sgt2 semalam, habis semua rak buku bahagian balaghah & nahu di tingkat dua angah "geledah" mcm detective conan pulak, hadoiii..

sepanjang perjalanan pulang, kepala ligat memikirkan naper susah benar nak belajar ni, dgn perut yg kosong hanya terisi air kosong sahaja sedari pagi, angah memanjat satu persatu tangga rumah tngkat 3 (saja nk bg nampak lebih penat) hehe.. tekan2 loceng mcm selalu widad & intan menyambut kepulangan angah dgn wajah biasa..
pastu angah pun mulalah sinsing lengan baju nak bedal nasik atas meja, tp pelik bila widad suh angah g salin baju elok2, dalam hati siap ngomel lg "widad ni x tahu ka angah dah sampai tahap kebulur, hadoiiii" sbb "syg" kan si widad & intan maka angah pon salinlah baju.. keluar ja dari bilik nak mengadp pinggan nasi tiba2...
SURPRISEEEEE huhuhuhu benci2, nak nangis rasa.. rupa2nya widad & intan dah keluar beli kek, & hadiah dkt angah.. ya ALLAH terharunya ngan budak2 2 org ni.. angah pon sampai lupa langsung pasal besday sendiri..

ALHAMDULILLAH xpernah terfikir bahawa kesedihan angah sepanjang minggu ni, ALLAH nak gantikan dgn kebahagiaan & kegembiraan yg x terduga..

Hari ni jumaat, penghulu segala hari.. 5 november 2010, alhamdulillah ALLAH masih panjangkan usia angah utk terus menikmati erti hidup buat kali ke 24 tahun.. sepanjang usia ini banyak yg angah telah lalui & pelajari dalam proses menuju kedewasaan.. syukur ya ilahi menghadiahkanku dgn limpah rahmat serta rezeki yg x pernah putus2..bila ALLAH tarik kegembiraan angah pada sesuatu, maka ALLAH gantikan kesedihan itu dgn nikmat yg lebih hebat..
Terima kasih emak, melahirkan angah 24 tahun lepas dgn jerih perit & berkorban nyawa buat anakmu ini, terima kasih ayah mendidik serta memberi kasih syg yg tidak mampu angah bayar semula, buat along, abang, ateh & adik.. syukran kasiran angah benar2 hargai pengorbanan darah daging angah sendiri..

Buat saudara mara, serta sahabat2 & adik2 seperjuangan di SRIDA,MMAS,USIM, YARMOUK & JUST, ARABIC DEBATE TEAM serta semua2 yg angah pernah kenali jazakillah kheiran jaza' atas sokongan & teguran dari kalian semua dlm mentarbiyah jiwa ini.. angah sayang semua..








Friday, August 20, 2010

lama menyepi

Bismillah, salam perjuangan.

Agak lama angah menyepi, kerana diri dikuasai urusan yg amat sibuk.. tak punya ruang waktu utk melihat & menzirahi blog sendiri.. apapun insya ALLAH mulai cuti2 ramadhan ni, angah akan kembali "bercouple" dgn blog ni.. heheheh.. tunngguuuuuuuuuuuuuuuu

Thursday, June 24, 2010

hari bapa


Bismillah, salam perjuangan.

Mmmm agak terlambat angah post entry kali ni, apapun angah nk ucapkan selamat hari bapa buat ayahanda kesayangan Kamal Azhar B Kamal Hijaz.. rindunya ngah nak peluk ayah, nak cium pipi ayah, nak salam tgn ayah mcm selalu.. Bila lah agaknya ngah akan dpt balik masa2 mcm tu, hanya YG MAHA AGUNG saja tahu segala2nya.

Terima kasih ayah, kerana sentiasa mendidik jiwa ini, melayani kerenah anakmu ini tanpa pernah jemu & bosan..entah bagaimana & entah bila angah akan membalas jasa2 ayah, dgn 2 tgn ayah itulah ayah bekerja membanting tulang demi membiayai pengajian angah smpai bergelar graduan, tngan yg ngah rindu itu selalu saja membelai ngah dgn penuh kasih syg, tgn itu selalu menepuk belakang bila ngah mulai rebah dan putus asa, tgn itu juga memukul angah utk mendidik agar jgn lupa solat, jgn biadab dgn org tua serta guru2.. ayah yg setia menemani angah kemana saja, hatta ke tempat temuduga ayah masih sudi menggalas beg angah, memegang fail2 sijil yg tertera nama kita berdua..mendoakan angah berjaya smpai bila-bila..

tatkala aku gembira bilik berhawa dingin
ayah nun bermandi peluh di sana
mencari rezeki buat kita sekeluarga
debu, asap, minyak dan "kasih"mentari yg setia menemani kerja ayah
saban waktu ayah begitu
aku. apa yg aku tahu??
hanya tahu meminta, hanya tahu merungut saja
sedangkan ayah jarang menuturkan
kata TIDAK buatku..
pernah aku bertanya pada ayah..
kenapa belikan kasut buatku mencecah ratusan ringgit??sedangkan kasut ayah sudah nampak lubang sana sini..
kata ayah "biar anaknya selesa berjalan mencari ilmu, biar x sakit kakinya"
ku tanya lagi, kenapa belikan baju yg mahal2?? sedangkan ayah bajunya koyak & bertampal
sana dan sini
aku mahu kekuliah bukan
kemana2
ayah hnya membalas "biar anak ayah selesa, bajunya lembut tidak panas, lembut pd kulit"
ku tnya lagi ayah, habis mengapa dibelikan beg yg mahal2 buatku?? sedangkan ku amati beg ayah, jangankan tali , zipnya sahaja sudah segan utk berfungsi..
ayah membalas lagi "supaya anaknya mudah membawa kitab2 pelajaran,
tidak mudah rosak kitab2, selamat utk brg2 bernilai"
ya ALLAH..
mahu saja aku menangis, mulianya hati ayah
hebatnya menjadi seorang ayah
sering ku terfikir sendiri
mampukah aku nnti membalas segala jasa2 ayah
mampukah diri ini melayan n memenuhi hasrat ayah spt yg dia lakukan padaku
bisakah aku menghadiahkan ayah walau sepasang selipar cuma
berjayakah aku menyarungkan ayah pakaian yg berkualiti asalnya
ayah..
andai angah diberi umur yg panjang
akan angah cuba bahagiakan ayah walau apa cara sekalipun
andai angah berjaya kelak
mahu saja angah dudukkan ayah di "kerusi" kerja angah
biar ayah rasai
biar ayah nikmati
biar ayah ketahui
bahawa apapun yg angah beri
itu sebenarnya hasil "usaha" ayah
bkn angah
walaupun hakikatnya mati hidup semula pun
angah x kan mampu utk membayar seluruh pengorbanan ayah buat angah..
terima kasih ayah..
terima kasih sekali lg kerana....
meredhai perjalanan hidup anakmu ini, dari dalam buaian hingga nyawa angah kembali ke rabbul izzati 1 hari nanti
meredhai perjalanan sepanjang angah pernah bergelar pendebat arab USIM (mungkin inilah rahsia kejayaan angah dalam arena perdebatan dulu)
meredhai tiap perbelanjaan angah sedari dalam kandungan ibu
meredhai segala2nya buat diri ini..
ALHAMDULILLAH syukur padaMU ya ALLAH
mengurniakan aku sebaik2 ayah dalam kehidupan ini

Alfatihah buat: arwah aki, arwah tok wan, arwah nek mat, arwah nenda2 serta ayah2 anda saudara, para guru dan murabbi, serta pimpinan2 Islam, & seluruh muslimin.. semoga ALLAH merahmati kalian semua di "sana".. aminn

Wednesday, June 16, 2010

rencah perjuangan

Bismillah, salam perjuangan..
"Jgn give up, awak kesana(Jordan) sbb pengetahuan Allah melangkaui pengetahuan manusia & pastinya awak mampu"... tappp, tersentap membaca mesej kiriman seorang murabbi lewat hari itu..

Ku seka air mata yang masih bersisa
di kolam mata.. panas rasanya
turun membasahi seluruh muka
seolah2 mengerti apa yg dirasa
turun tanpa perlu dipaksa
apatah lagi diminta
bukan sekali, bukan 2 kali
bahkan telah berkali2 ku rasa
derita rupanya jika rebah di medan perjuangan
ohhhh ya....
barangkali ku lupa
barangkali ku alpa
barangkali ku leka
haruman kejayaan itu aromanya memang menusuk sukma
keinginan memilikinya bisa merobek hati meruntun sang jiwa
yang gersang dgn iman & takwa
andai aku masih ditakuk lama
mana bisa aku menghidu jauh sekali mahu menggapainya
*************
duhai diri
kalau benar sekali ini diuji lagi
adakah kau akan mematikan kaki
cuba berpura membuta tuli
membelakangkan sebuah realiti
menjauhi kekasihmu YG MAHA MENGETAHUI
sungguh
DIA tidak pernah menganiayai
bahkan terus melimpahkan dalam diri ini
nikmat kurniaan yg tak terperi
malah tak mungkin terhitung dgn jari
mengertilah
duhai diri
sesekali diuji.. supaya kau tak lupa diri
supaya kau tahu nilaian harga yg mesti dilobi
dalam cubaan menggugah
mimpi menjadi realiti..

Tuesday, June 15, 2010

nasi minyak oh nasi minyak

Bismillah, salam perjuangan

Kali ni angah nak cerita ttg nasi minyak, hehe bukan nak kongsi resepi jauh sekali nak jadi "chef wan" ngajar masak-memasak.. memandangkan musim cuti sekolah & semester break buat kita yg majoritinya bergelar pelajar, angah dapat bnyak sgt undangan & jemputan majlis kawan2 bertunang dan tak kurang juga yg mengakhiri zaman bujang masing2.. Angah mohon maaf buat sahabat2 yg jauh di Malaysia, angah tak dapat hadirkan diri dihari bahagia kalian, cuma yg termampu & terdaya angah lakukan hanyalah mendoakan kebahagiaan sahabat2 angah..

Kepada yg bertunang: selamat bertunang, jgn tunang lama2 x manis org tua2 kata.. hehe
Buat yg melalui fasa baru kehidupan: moga menjadi pasangan yg diredhai ALLAH selalu.. jgn gaduh2 selalu dan semoga kekal ke akhir hayat hendaknya.. Barakallahu lakuma :)

Dan khusus buat yg bertanya ttg angah bila nak kawen, jawapan yg paling mudah yg bisa angah bg, tungguuuuuuuu... hehe.. angah merasakan perjalanan & amanah yg angah pikul ini masih bnyak utk direalisasikan.. angah mahu gembirakan insan2 yg banyak berkorban buat angah dulu.. kalo ada jodoh angah nnti adalah insya ALLAH :)


Saturday, June 12, 2010

kita hampir ke situ~~ mendua

kita sama-sama mendaki ke puncak impian
Bismillah, salam perjuangan.
dedikasi khas buat teman2 seperjuangan yg sudi berkongsi susah senang bersama bak kata pepatah makan setalam, minum secawan, main sebola, duduk sekerusi, kongsi semeggi, kasut setali, minyak semotor, berus secolgate dll se yg ada :)

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama

Friday, June 11, 2010

~ asal-usul~

hari raya 2008

Bismillah. salam perjuangan..

mmm hari ni jumaat, penghulu segala hari.. biasanya kalo hari2 cuti mcmni, selalu angah lepak rumah ja dgn family.. tgk mak masak, n tgk ayah bersiang ikan, udang, dan bagai lagi (uish asyik ingt mkn ja) haha.. Family angah ni tak besar pun tp bolehlah membingitkan bukit pinang tu.. kalo kumpul semua dkt umah mau jadi tongkang pecah bak kata mak..sendiri mau ingat la..

Ayah
mmm, orangnya punyalah peramah & lawak. penat gelak rasa kalo duduk ngan ayah ni.. tp kalo sekali ayah marah, ngalahkan bunyi tembakan kem tentera kepala batas tu (haha) takut betul angah & adik2.. ayah rajin suka tlg mak dkt dapur, smbil dgr lagu evergreen ( best gak layan).. paling ngah rindu kuetiau goreng ayah.. wallaaaa kalo dapat mkn rasa nk jilat2 periuk hikhik.. waaa rindunya nak mkn..

Emak
hikhik mak ni mmg suka masak smbil bunyi2 dkt dapur, kira mcm "kedah fm" la mak ni, kalo jalan2 ngan mak mesti org ckp "keciknya mak dia" haha, sebenarnya org tak tahu, kitaorng besar ni pon sbb mak asyik sumbat mkn hehe.. punyalah dahsyat kalo mkn makanan yg mak masak.. kalo tgk library mesti ingat mak, sbb mak keja library.. kira mcm g lawat tempat keja dia la.. mak yg penyayang, lg sayang sapa yg urut kaki dia petang2 hikhik..

Along
gym.gym bak kata dik am.. haha long suka curik baju ngah dulu2 , haha jgn ingt ngah tak tau.. walaupon long mcm garang, tp long penyanyang.. tiap kali balik dari kampus mesti ada buah tgn dari long.. long kata "nah semua orng long beli hadiah ni" haha ayah balas la" bnyak cantik, long beli guna duit ayah".. ngah & family doakan long berjaya gapai cita2 nk lanjutkan pelajaran dkt US..

Angah
aku lah tu, paling "cantik & kecik" dlm family... wahh kenyataan yg cukup berani n terang tang-tang bak kata oghang utagha.. ngah anak kesayangan sbb ngah ikut muka mak & ayah sama bnyak, badan "kecik" ayah, n ketinggian ikut mak.. kira paling special lah (jangan jeles ya yg lelain)

Achik
hero segala hero dlm rumah.. tak bnyak ckp, tp bolehla jd pemandu peribadi kanak2 ribena antar & amik adik2 dkt tuisyen.. angah harap2 "hero malaya" ni dah jadi semakin matang, boleh tlg mak & ayah uruskan rumah..

Ateh
si jorr, pok tek( sbb suka gelak kalo order makanan ni) , ekoq mak & ayah dll.. jangan marah teh, kalo marah derhaka namanya.. :) mujuqlah teh mengaji sama laju dengan dia gelak dan cakap.. sangat bertih nama pun teh hehe.. copy paste mak betul2 teh ni..

Adik
si buntat, bulat, dik am dll.. muka bukan main ganas, budak silat katakan, sekali kn marah gugurlah air mata sang hero haha.. tak rock la adik ni.. asal telefon ngah ja nk nangis adoiii sebak rasa.. anak manja nih..busu la katakan.. "bandaran" rumah, sbb muka dia kena buang sampah & ttp pagar rumah memalam haha.. i love u adik..

tunggu kepulangan ngah, kita kasi gegar bukit pinang, rindunyaaa Allah saja yg tahu :)