Sunday, November 28, 2010

B.E.R.P.A.U.T.L.A.H

Bismillah.. salam perjuangan


yeahhh gembira angah sbb lama x berblog al-maklumlah busy, yo ka den busy?? busy men tenet hehe..mmm baru2 ni angah diminta utk memberikan sedikit perkongsian buat adik2 & sahabat2 PUTRA.. opsss bukan putra raja mahupon putra kayangan, tp PUTRA adalah persatuan bg anak2 ganu di Jordan..
Sangat terkejut, sbb sepatutnya bukan angah yg kn bg talk,sbb angah mmg x layak berada di pentas PUTRA, mereka insan2 hebat, angah ni apalah yg ada.. ilmu pun ciput jer, jika nk dibandingkan dgn ahli2 PUTRA yg majoriti mantap2 belaka.. berderau darah dibuatnya (boleh pengsan atas pentas).. hampir seminggu jugak fikir apalah nk ckap dpn org2 ganu ni, sudahlah lidah mmg pekat "loghat kedah" adoiyaiii~sendiri2 mau ingat.
Apapun angah bersyukur dkt ALLAH sbb ahli2 PUTRA mmg the best, snggup bg peluang dkt oghang kedah pi cakap dkt depan, kalau nk diikutkan ahli mereka ramai lagi yg lebih layak berbanding angah.
khamis~ 25/nov/2010~sehari sebelom nk bg talk.. jeng jeng jengggggg (kasi suspen sikit)
spt biasa angah g "tempat dating" yg paling indah, mana lg kalo bukan maktabah tempat usha "inspektor sahab yg garang" masa letih2 buat taqrir (cewahh ayat rajin), angah terfikir & terdetik, kalo disimpulkan talk utk esok dgn sajak mungkin lebih efektif, so dalam keadaan yg agak serabut nota2 dia atas meja tngkat 1 itu, dgn kuasa ALLAH maka terhasillah coretan bait2 yg punyai makna tersendiri buat angah.. setelah di edit berkali2 & di tokok tambah dr beberapa pembacaan bahan2 ilmiyah yg lain terjadilah hasilnya spt berikiut (ayat skema ya tuan2 & puan2)
~neves ooo pertama kali baca dpn ahli2 PUTRA malam 26/nov/2010..


Berpautlah pada hela tabahnya jiwa nabi ADAM a.s, tika dipisahkan dr senyum tawa wanita bernama HAWA
Berpautlah pada keutuhan imannya saidina NUH a.s, tika dituduh sbg sang gila membina bahtera
Berpautlah pada ketaatan rimbunan iman IBRAHIM juga zuriatnya ISMAIL alaihimasalam, tika menyajikan korban nyawa sbg bukti taqwa pd YG ESA
Berpautlah pada degup simpulan kesabaran nabi YAAKOB a.s tika mengalun rindu pd anaknya YUSUF a.s
Berpautlah pd lautan ketabahan nabi AYOB a.s dicaci, dihina hanya kerana kusta, sedangkan nur iman di jiwanya sentiasa membara
Berpautlah pada hebatnya iman nabi ZAKARIYA jua YAHYA alaihimasalam digergaji kepala, tika menjadi korban kepercayaan umatnya yg derhaka
Berpautlah pada utuhnya kisah manusia agung bernama MUHAMMAD s.a.w diseksa, dicerca tika baginda taburkan seluruh pengorbanan buat umat tercinta
Berpautlah pada pengorbanan para anbiya' yg tidak pernah menukilkan rasa jemu pd rumpun ketaqwaan
BERKORBANLAH.. BERKORBANLAH..BERKORBANLAH
ALLAHU AKBAR, WALILLLAHILHAMD~

~siti mardhiyah binti kamal azhar
usuluddin, yarmouk university
maktabah al-husainiyyah,
khamis~25/nov/2010
4:32 p.m

ya ALLAH mudahkanlah urusan adik2ku juga sahabat2 seperjuanganku di sini & di mana jua, jangan pernah mereka merasai susahnya mengutip mutiara2 ilmuMU spt mana aku sentiasa lalui, berkatilah perjuangan mereka,, titipkan mereka ketabahan2 dalam tiap langkah perjuangan yg memerlukan pengorbanan yg tinggi.. moga kejayaan & redhaMU sentiasa mengiringi tiap langkah mereka, amiin..

1 comment: