Friday, June 10, 2011

salam musim panas.. nasihat para murabbi

Bismillah.. salam perjuangan

Hampir 7 bulan tidak bersua & tidak menuli di blog ni.. bersawang2 jadinya..
hampir tidak pernah punya masa utk mencoret apa sahaja dalam blog ni..

Apapun cuma tinggal sehari ja lg utk aku mulakan tugas sbg student bg semester panas 2010/11 ni.. semester 2 sudah berlalu dengan mencoretkan pelbagai pengalaman yg sgt2 berharga, ditemukan dgn 3 murabbi besar yg pasti aku akan kenang hingga akhir hayat..

1) Prof. Dr Muhammad Abd Rahman At-Tuwalabeh
prof yg aku pnggil duktur(mmg mcm tu kami pnggil pensyarah di sini walaupun ada gelaran prof).. bnyak mentarbiah diri ini, bagaimana redup mata duktur menceritakan satu persatu ttg hadis rasulullah.. drpd seorang yg sering mengatakan hadis bukan subjek feveret (dosanya aku), akhirnya kembali mengisi rasa cinta yg mendalam terhadap subjek hadis..

bagaimana peribadi dr tuwalabeh sentiasa membuatkan aku ternanti2 utk berjumpa beliau tiap hari, hanya ALLAH yg tahu apa aku rasa saat2 bergelar pelajar kpd duktur tuwalabeh.. setiap kali kelas mulut duktur x pernah berhenti dr berzikir,berselawat & mendoakan pelajar2nya.. aku belum pernah melihat pensyarah yg sujud syukur serta merta dalam kelas jika mendengar ttg2 berita gembira.. sungguh beliau mmg murabbi yg menyentuh hati.. bila aku cakap "duktur maafkan saya bnyak bertanya ttg benda2 remeh, krn sungguh saya punya bnyak masalah terutama bahasa arab yg kurang lancar, saya punya bnyak kelemahan dr segi subjek dll, krn faktor saya belajar degree di malaysia , maka bnyak perbezaan subjek .." dr terus menyanggah "duhai anakku mardhiyah, aku x pernah merasakan kamu begitu.. kalau kamu x boleh jawab exam pun aku x kisah, krn yg ptg ILMU & AMAL kamu serta kesungguhan kamu mendalami ilmu2 hadis ni lebih aku utamakan, sungguh demi ALLAH aku mencintai pelajar2ku jika mereka benar2 ikhlas & berjihad utk belajar"..katanya lg "mardhiyah kalau kamu berjaya sambung phd aku akan buat kenduri (sedekahkan manisan menurut kebiasaan arab di sini, khas utk kamu anakku)~ terima kasih dr atas ikhlasnya tiap ungkapan dan doamu, menyentuh hati anak murid yg degil ini..~ ALLAH sebaik2 pemberi balasan.
(bnyak lg yg nk coret ttg duktur2 ni, insya ALLAh dalam post akan datang..



2)Prof Dr Muhammad Ahmad Sarhan al-Misri
Maha Suci ALLAH yg mengurniakan beliau ilmu tafsir yg sangat2 hebat.. pertama kali masuk kelas duktur pada hari ahad petang, kira2 jam 4.30 (mmg waktu utk pelajar2 MA& PhD) hanya aku & tasnim sahabat arab dlm kelas, ouhhh betapa malasnya yg lain ( biar aku simpulkan begitu krn majoriti/bukan semua~ pelajar lelaki kelas aku kurang menghormati guru, bukan utk mengaibkan tp sbg penajaran buat diri) kami berdua menanti kehadiran duktur dgn sabar.. tepat 4.30 duktur memberi salam, itulah kali pertama aku melihat wajah dr sarhan dari dekat..

"ALLAH" terkesima aku dlm hati, krn duktur mempunyai masalah penglihatan yg kronik.. dr x dapat melihat spt insan2 normal yg lain~tp ingatan & hafalan2 beliau begitu hebat.. aku jd malu betapa mata yg ALLAH anugerahkan kepadaku, aku gunakan utk tujuan2 lain.. bahkan melihat benda2 maksiat & hiburan melampau dlm internet.. betul mmg tiada manusia /makhluk yg sempurna melainkan DIA yg paling sempurna..

Satu perkara ttg duktur sarhan,walaupun kurang dr segi penglihatan.. tp ALLAH hadiahkan beliau dgn gerak hati yg cukup kuat.. pernah satu hari aku melewati bilik duktur di tingkat 5, mengetuk & memberi salam.. belum sempat salam habis dilantun, dr menjawab" wa'alikumussalam, ahlan ya mardhiyah.. " sambil mulutnya tersenyum memandang wajah pintu di mana batang tubuhku tegak berdiri di situ..Aku gemar melazimi para dakatir di sini, krn mereka ulama yg ikhlas memberi tanpa pernah mengungkit

Satu hari, tika berziarah ke bilik dr krn ingin bertanyakan ttg pelajaran (kononnya aku rajin hehe) tiba2 dr menyuarakan hasrat hati utk melihat aku kembali ke JORDAN khususnya Yarmouk uni utk menyambung pengajian peringkat phd..Dr menawarkan diri utk menjadi supervisorku dlm menyelia thesisku nanti, ALLAH murahnya air mata ku saat itu, Tuhan kebaikan apakah lg yg harus aku contohi dari mereka para murabbiku, terjawabkah istikharah ku selama ini ttg masa depanku ya ALLAH?? hnya ALLAH yg maha mengetahui..beliau dgn tenang menyatakan, "saya sanggup ajar kamu bahasa arab sampai pandai, mengajar kamu ttg al-quran, i'rab2 al-quran (balaghah, nahwu dll), krn saya mahu melihat islam terus bersinar di malaysia & asia seluruhnya, mungkin akan berlaku melalui kamu"~ biar jiwa aku terpana dlm sinar kebaikannya.
aku katakan pd duktur "semoga doamu termakbul, doakan murid yg lemah, malas dan bnyak kelemahan ini utk terus berjuang di medan ilmu, kalau punya rezeki saya mahu kembali menjadi murid duktur"....



3) Dr Usamah al-Ghunmiyyin
guru nahwu yg aku rasakan antara yg berjaya mengambalikan minat /tumpuanku terhadap subjek2 nahwu (subjek yg aku paling doakan agar dibatalkan kelasnya selalu zaman2 nakal dahulu mcm kelas matematik) satu sahaja ungkapan dr usamah~ "pelik/ salah kalau belajar tinggi2 dlm bidang agama (tafsir, hadis dll) tp x tahu langsung ttg ilmu bahasa arab"~ nah mmg terus kena batang hidung aku.. aduhhhhh bisa betul sampai rasa dlm hati kata2 tersebut..

mulanya aku x mahu ambik kelas dgn dr usamah, krn ramai para senior ckp dr ni syadid + x ramai pelajar yg pernah ambik dgn duktur.. aku berusaha naik turun pejabat pendaftar utk tukar kelas dgn Prof Dr Faleh, namun takdir ALLAH aku x dpt menukarnya walaupun telah merayu berkali2 dgn muka penuh pengharapan (kira muka mcm kesiannn la kalau org tgk ), aku meneruskan juga kelas subjek qawaid lughawiyah fi usul fiqh 1 dgn perasaan menakutkan, manakn tidak asyik dgr cerita bukan2 dr pelajar lain especially pelajar2 mesia (bukan nk salahkan mereka, tidak sama sekali), namun segalanya berubah tatkala aku ke bilik duktur meluahkan kebimbangan jika gagal subjek tersebut (aib la kalau gagal~ ni bdk2 pandai la selalu cakap dkt aku.. aku budak mentah yg perlu bnyak lg belajar ) dr senyum dan katakan "kamu jgn takut, insya ALLAh saya doakan kamu & pelajar2 malaysia yg lain berjaya.. yg ptg usaha kamu & kesungguhan nk belajar"~ dr yg serius melemparkan senyuman, aduhhh rasa nk menangis dgr ungkapan mcm tu~ beliau mmg the best, lantaklah apa org nk kata ttg para dakatir, pada aku beliau hebat masya ALLAH..

itulah serba sikit kisah aku dgn 3 murabbi~ semoga ALLAH sentiasa mudahkan para dakatirku.. demi ALLAH aku sayang murabbi sekalian, mana mungkin ditukar ganti jika hilang lg permata dunia spt mereka (",)

1 comment:

  1. nice blog...masyaAllah alhmdulillah mabruk 3alaik!! teruskan usaha..jgn putus asa ok..insyaAllah ada kemanisan yg menanti di penghujungnya..moga ada barakah, amiinn, insyaAllah :)

    ReplyDelete