Sunday, November 28, 2010

B.E.R.P.A.U.T.L.A.H

Bismillah.. salam perjuangan


yeahhh gembira angah sbb lama x berblog al-maklumlah busy, yo ka den busy?? busy men tenet hehe..mmm baru2 ni angah diminta utk memberikan sedikit perkongsian buat adik2 & sahabat2 PUTRA.. opsss bukan putra raja mahupon putra kayangan, tp PUTRA adalah persatuan bg anak2 ganu di Jordan..
Sangat terkejut, sbb sepatutnya bukan angah yg kn bg talk,sbb angah mmg x layak berada di pentas PUTRA, mereka insan2 hebat, angah ni apalah yg ada.. ilmu pun ciput jer, jika nk dibandingkan dgn ahli2 PUTRA yg majoriti mantap2 belaka.. berderau darah dibuatnya (boleh pengsan atas pentas).. hampir seminggu jugak fikir apalah nk ckap dpn org2 ganu ni, sudahlah lidah mmg pekat "loghat kedah" adoiyaiii~sendiri2 mau ingat.
Apapun angah bersyukur dkt ALLAH sbb ahli2 PUTRA mmg the best, snggup bg peluang dkt oghang kedah pi cakap dkt depan, kalau nk diikutkan ahli mereka ramai lagi yg lebih layak berbanding angah.
khamis~ 25/nov/2010~sehari sebelom nk bg talk.. jeng jeng jengggggg (kasi suspen sikit)
spt biasa angah g "tempat dating" yg paling indah, mana lg kalo bukan maktabah tempat usha "inspektor sahab yg garang" masa letih2 buat taqrir (cewahh ayat rajin), angah terfikir & terdetik, kalo disimpulkan talk utk esok dgn sajak mungkin lebih efektif, so dalam keadaan yg agak serabut nota2 dia atas meja tngkat 1 itu, dgn kuasa ALLAH maka terhasillah coretan bait2 yg punyai makna tersendiri buat angah.. setelah di edit berkali2 & di tokok tambah dr beberapa pembacaan bahan2 ilmiyah yg lain terjadilah hasilnya spt berikiut (ayat skema ya tuan2 & puan2)
~neves ooo pertama kali baca dpn ahli2 PUTRA malam 26/nov/2010..


Berpautlah pada hela tabahnya jiwa nabi ADAM a.s, tika dipisahkan dr senyum tawa wanita bernama HAWA
Berpautlah pada keutuhan imannya saidina NUH a.s, tika dituduh sbg sang gila membina bahtera
Berpautlah pada ketaatan rimbunan iman IBRAHIM juga zuriatnya ISMAIL alaihimasalam, tika menyajikan korban nyawa sbg bukti taqwa pd YG ESA
Berpautlah pada degup simpulan kesabaran nabi YAAKOB a.s tika mengalun rindu pd anaknya YUSUF a.s
Berpautlah pd lautan ketabahan nabi AYOB a.s dicaci, dihina hanya kerana kusta, sedangkan nur iman di jiwanya sentiasa membara
Berpautlah pada hebatnya iman nabi ZAKARIYA jua YAHYA alaihimasalam digergaji kepala, tika menjadi korban kepercayaan umatnya yg derhaka
Berpautlah pada utuhnya kisah manusia agung bernama MUHAMMAD s.a.w diseksa, dicerca tika baginda taburkan seluruh pengorbanan buat umat tercinta
Berpautlah pada pengorbanan para anbiya' yg tidak pernah menukilkan rasa jemu pd rumpun ketaqwaan
BERKORBANLAH.. BERKORBANLAH..BERKORBANLAH
ALLAHU AKBAR, WALILLLAHILHAMD~

~siti mardhiyah binti kamal azhar
usuluddin, yarmouk university
maktabah al-husainiyyah,
khamis~25/nov/2010
4:32 p.m

ya ALLAH mudahkanlah urusan adik2ku juga sahabat2 seperjuanganku di sini & di mana jua, jangan pernah mereka merasai susahnya mengutip mutiara2 ilmuMU spt mana aku sentiasa lalui, berkatilah perjuangan mereka,, titipkan mereka ketabahan2 dalam tiap langkah perjuangan yg memerlukan pengorbanan yg tinggi.. moga kejayaan & redhaMU sentiasa mengiringi tiap langkah mereka, amiin..

Saturday, November 13, 2010

pesanan buya

Bismillah.. salam perjuangan

Yaakob dipisahkan dari anaknya Yusuf
Yusuf diperdayakan perempuan
Ayub ditimpa penyakit yg parah
Daud & Sulaiman kena bermacam fitnah
Demikian juga Zakariya & Yahya
Yang memberikan jiwa mereka utk korban kepercayaan
Muhammad lebih2 lagi...
Pernahkah mereka mengeluh??
TIDAK kerana mereka yakin bahawa
Kepercayaan kepada TUHAN menghendaki Perjuangan & Keteguhan

~madah titipan PROF DR HAMKA~

Thursday, November 4, 2010

mencapai usia 20++ alhamdulillah

muka letih campur gembira

hadiah dari widad & intan luv them so much


yg terindah dalam hidup ALHAMDULILLAH
Bismillah.. salam perjuangan
semalam 4 november, adalah hari yg sgt2 berserabut buat angah, manakan tidak sedari pukul 8 pagi sudah terpacak di depan pintu pusing maktabah utk mencari bahan2 rujukan, namun rasa kehampaan itu hadir jugak, almaklumlah terdegar azan maghrib dr masjid univ dah panggil solat, itu menunjukkan library dah nk ttp.. bahan yg di cari masih belum dapat ke tangan angah.. huhu sedih sgt2 semalam, habis semua rak buku bahagian balaghah & nahu di tingkat dua angah "geledah" mcm detective conan pulak, hadoiii..

sepanjang perjalanan pulang, kepala ligat memikirkan naper susah benar nak belajar ni, dgn perut yg kosong hanya terisi air kosong sahaja sedari pagi, angah memanjat satu persatu tangga rumah tngkat 3 (saja nk bg nampak lebih penat) hehe.. tekan2 loceng mcm selalu widad & intan menyambut kepulangan angah dgn wajah biasa..
pastu angah pun mulalah sinsing lengan baju nak bedal nasik atas meja, tp pelik bila widad suh angah g salin baju elok2, dalam hati siap ngomel lg "widad ni x tahu ka angah dah sampai tahap kebulur, hadoiiii" sbb "syg" kan si widad & intan maka angah pon salinlah baju.. keluar ja dari bilik nak mengadp pinggan nasi tiba2...
SURPRISEEEEE huhuhuhu benci2, nak nangis rasa.. rupa2nya widad & intan dah keluar beli kek, & hadiah dkt angah.. ya ALLAH terharunya ngan budak2 2 org ni.. angah pon sampai lupa langsung pasal besday sendiri..

ALHAMDULILLAH xpernah terfikir bahawa kesedihan angah sepanjang minggu ni, ALLAH nak gantikan dgn kebahagiaan & kegembiraan yg x terduga..

Hari ni jumaat, penghulu segala hari.. 5 november 2010, alhamdulillah ALLAH masih panjangkan usia angah utk terus menikmati erti hidup buat kali ke 24 tahun.. sepanjang usia ini banyak yg angah telah lalui & pelajari dalam proses menuju kedewasaan.. syukur ya ilahi menghadiahkanku dgn limpah rahmat serta rezeki yg x pernah putus2..bila ALLAH tarik kegembiraan angah pada sesuatu, maka ALLAH gantikan kesedihan itu dgn nikmat yg lebih hebat..
Terima kasih emak, melahirkan angah 24 tahun lepas dgn jerih perit & berkorban nyawa buat anakmu ini, terima kasih ayah mendidik serta memberi kasih syg yg tidak mampu angah bayar semula, buat along, abang, ateh & adik.. syukran kasiran angah benar2 hargai pengorbanan darah daging angah sendiri..

Buat saudara mara, serta sahabat2 & adik2 seperjuangan di SRIDA,MMAS,USIM, YARMOUK & JUST, ARABIC DEBATE TEAM serta semua2 yg angah pernah kenali jazakillah kheiran jaza' atas sokongan & teguran dari kalian semua dlm mentarbiyah jiwa ini.. angah sayang semua..